March 13, 2011

Cara-cara menetapkan ilmu di dalam hati (H.A.S.I.L)

assalamualaikum wbt. sy nk ajak pembaca semua berfikir,kenapa kebanyakan dari kita bila dgr tazkirah ke, ceramah ke, motivasi ke, hanya akan melekat beberapa ketika je. sbb ape?

BAGIKU....


bila kita dpt input/ilmu(tazkirah, ceramah & motivasi), kita kurang ambil berat apa yg sy nk ckpkn ni. sebnrnya, sy ada pndangan/formula sndiri klu nk input/ilmu tu melekat dlm diri kita. formulanya mudah iaitu H.A.S.I.L.
  • H - hayati(penghayatan)
    • berapa ramai antara kita yg bila dgr ceramah, kita dgr dgn penuh penghayatan? sgt sedikit penghayatan kita kn. sbnrnye, dgn menghayatilah baru dtg faham ttg ilmu yg disampaikn & apabila faham, ia akn mudah meresap dlm hati kita.
    • contohnya - cuba kita lihat para sahabat R.A., apabila RASULULLAH S.A.W. membacakan ayat2 al-Quran ttg neraka & seksaan hari akhir, mereka benar2 menghayati sehinggakan ada yg menangis, seakan2 merekalah yg akan menerima seksaan itu. apabila sahabat2 ini menghayati setiap ayat yg dibacakan, kita lihat pula bagaimana pula akhlak mereka. akhlak mereka sungguh hebat kerana ia berpandukan al-Quran & as-Sunnah.
  • A - Amal
    • amalan adalah salah satu elemen penting dalam membuatkn setiap ilmu yg kita dpt menjadi berguna & terus sebati dalam diri kita. Allah & RasulNya melaknat sesiapa yg mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya. Firman Allah dlm surah as-Saff ayat 3 yg bermaksud  "Sungguh besar kemurkaan Allah kepada mereka yang mengatakan (ilmu) tetapi tidak mengamalkannya.". Rasulullah SAW juga bersabda yang maksudnya: "Orang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya, akan diazab Allah 500 tahun lebih dahulu dari penyembah berhala." berapa ramai antara kita yg apabila kita tahu tentang sesuatu, kita lengah2kn utk amalkan. dari masa ke semasa, ilmu itu akan lupus dari ingatan & secara x langsung, amalannya juga kita tinggalkan.
    • ada kata2 hikmah yg mengatakan, amal tanpa ilmu ibarat org buta & ilmu tanpa amal ibarat org lumpuh. cuba kita bayangkan kita kita mempunyai ilmu membuat kapal yg mampu memberi keuntungan berjuta pada kita, tp malangnya kita insan yg lumpah, ilmu yg ada itu x memberi sedikit manfaat pun pada kita. sama juga seperti solat, berapa ramai antara kita yg tahu ttg solat, hukum meninggalkn solat, tp masih berat ingin melakukannya. sesungguhnya, org yg tidak bersolat adalah org yg sombong dgn Allah & ulama mengatakan bahawa golongan yg tidak solat ini lebih teruk dari iblis.
    • di dalam mengingati ilmu keduniaan pun memerlukan amalan utk memantapkan ilmu itu, sbg contoh, pelajar yg mengambil jurusan mekanikal diminta utk membuat latihan industri(praktikal) sblm mereka tamat pengajian. tujuannya ialah utk memantapkan pemahaman pelajar dgn melakukan sendiri pekerjaan itu.
  • S - Sampaikan
    • Rasulullah SAW bersabda "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat" (HR Bukhari). dalam hadis ini Nabi menyeru kita utk menyampai segala yg dtg dri Nabi. Rupanya byk hikmah dari hadis ini. antara hikmahnya ialah, Rasullah SAW ada menyebut bahawa, “Apabila seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dalam tiga perkara: iaitu sedekah jariah (yang berterusan), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang saleh yang mendoakan baginya.”. di sini kita dpt lihat apabila kita menyampaikn ilmu, dan ilmu itu memanfaatkn org, ia akan menjadi bekalan yg x akan terputus walaupun kita sudah meninggal.
    • di dalam hadis yg lain juga, Nabi ada menyebut “Orang yang menunjuk ke jalan kebaikan sama saperti mengerjakan baginya.”. hadis ini telah menyokong & mengukuhkan lg hadis2 sebelum ini. lihatlah betapa besar ganjaran apabila kita sampaikan ilmu ini, lebih2 lagi ilmu agama.
    • apa kena mengena dgn "MENETAPKAN ILMU DLM HATI"? ketahuilah wahai sahabatku, apabila kita menyampaikan ilmu, ia ibarat kita mengajar, dan sesungguhnya mengajar itu adalah belajar. apabila kita kerap mengajar/belajar, ilmu itu akan tetap di dalam hati. Saidina Ali KWJ pernah berkata bahawa "harta yg dibelanja akan berkurang, manakala ilmu yg diamal/disampaikan akan bertambah"
    • contohnya - cuba kita lihat guru-guru yg mengajar, mereka sudah hafal apa yg mereka ajar, sbb apa? sbb mereka telah sampaikn perkara yg sama setiap kali msk kelas. kita pon leh jd mcm tu, lebih2 lg di zaman yg serba maju ni. kalau kita malu nk pergi mengajar org, or malu nk sampaikn tentang ilmu yg kita ada, kita boleh post/share je kt FB, TWITTER, MYSPACE, BLOG, YOUTUBE. Daripada kita post/share benda2 yg bleh mendatangkn mudarat pada kita, post/share ilmu ttg agama adalah lebih baik dari segalanya.
  •   I - Istiqamah
    • Dari Aisyah r.a. berkata : Nabi pernah ditanya :”Manakah amal yang paling dicintai Allah? Beliau bersabda :”Yang dilakukan secara terus menerus meskipun sedikit. (HR Bukhari). daripada hadis ini kita dpt lihat bahawa Islam menuntut kita agar beristiqamah dlm setiap perkara.
    • antara kelebihan  istiqamah ini adalah, 
      • rahmat & kasih sayang Allah sentiasa berterusan kerana kita berterusan beramal kpdNya.
      • dgn istiqamah ini akan membuatkan diri kita terbiasa dgn amalan2 yg kita lakukan.
    • sesungguhnya, dgn melakukan sedikit amalan tetapi berterusan adalah lebih baik drpd amalan yg banyak tetapi jarang dilakukan. ini kerana apabila kita jrg beramal akan menyebabkan putusnya rahmat Allah & itu menandakan kita ini tergolong dlm golongan yg berputus asa.
    • kesimpulan disini ialah, setiap ilmu yg kita peroleh, hendaklah kita amalkan dan sebaiknya amalan kita itu dlm keadaan berterusan. INSHAALLAH.
  • L - LiLLAHi Taala
    • elemen yang terpenting didalam setiap perkara yg kita lakukan ialah Ikhlas kerana Allah kerana dgn ikhlas inilah dtg segala kebaikan dari Allah. dan kebaikan yg sgt diimpikan bagi setiap mukmin adalah keredhaan & rahmat dari AL-AZIZ.
    • sgtlah ditakuti oleh setiap insan, apabila membuat sesuatu ibadah, bkn shj ditolak, malah bala dari Allah yg diterima. 
    • telah tercatit dlm lipatan sejarah, beberapa org sahabat Rasulullah S.A.W. yg sama2 berjihad dgn Nabi SAW & akhirnya syahid, tetapi Rasulullah SAW mengatakan bahawa syahid mereka itu hanyalah syahid dunia, di akhirat kelak mereka akan dihumban ke NERAKA ALLAH. sbb meraka dihumban bkn kerana mereka syirik pada Allah, tp hanya didalam hati mereka apabila di medan jihad, mereka tidak ikhlas pada Allah. mereka hanya mahukn harta rampasan perang & tawanan shj. 
    • selain itu juga, Rasulullah SAW pernah bersabda "Setiap org dinilai dgn niatnya" (HR Bukhari & Muslim). ini bermakna, segala amal ibadah kita hanya akan diterima jika kita ikhlas melakuknnya kerana Allah SWT.
    • mari kita bayangkan, jihad yg sebesar2 ibadah itu ditolak jika dilakukan dgn hati yg tidak ikhlas kerana Allah, inikan pula ibadah kecil yg kita lakukan. 
dengan ini berakhirlah cara2 menetapkan ilmu didalam hati. moga sahabat2 dpt manfaat dari penulisan ini. moga Allah memberkati kalian. (^^)