September 28, 2013

Duduk Diantara Dua Sujudku

Teringat aku ketika kali pertama sertai usrah, ada la dalam 3 tahun lepas. Konsep usrah yang bagiku sangat santai dan enjoy disamping setiap ahli usrah dapat berkongsi pendapat dan ilmu.

Diantara slot yang diselitkan ialah perkongsiaan doa. Caranya, seorang ahli akan ditugaskan mencari doa untuk diamalkan oleh ahli yang lain. Besor pahalanya yop.

Bagi slot kali itu, perkongsian dibuat oleh sahabatku, Al-Syafiq. Dan beliau telah memilih doa yang kita baca setiap hari. Ya, BACA, tetapi sikit pun kita tak faham. (T.T)
Doa yang dibaca ketika duduk diantara dua sujud
Lihat, betapa hebat doa yang kita baca setiap hari, tetapi tidak memberi kesan kepada kita. Kerana apa? Kerana kita tidak memahami apa yang kita kumat-kamitkan.

Moga bermanfaat. :)

No comments:

Post a Comment