September 28, 2013

Si Pendosa

Sering berlaku pada diri, setelah taubat dan "suci" kita kembali melakukan perkara keji. Dan setiap kali perkara keji itu diulang, pasti akan terbit penyesalan dalam diri.

Mengapa ini terjadi wahai diri? Adakah kau menyangka bahawa hidupmu tiada mati?

Adakah nikmat yang diperoleh hari ini akan kekal sehingga kita tidak merasa takut pada azab yang Maha Kuasa?

Sudahlah, cukuplah, kembalilah kepada Islam yang sebenar. Amalkan segala ilmu yang ada agar kelak tidak akan dipersoal di mahkamah Allah. Gunakan masa muda yang ada untuk bertaubat dan terus bertaubat, agar saat mautmu kau masih didalam redha Illahi.

No comments:

Post a Comment