April 28, 2012

Bersih 3.0 : Hujah & Pandangan

Ada yg berhujah bahawa Bersih 3.0 ini menambahkan dosa kerana :
1. Perhimpunan yg bercampur lelaki & perempuan
2. Terpekik terlolong mcm beruk
3. Buang sampah merata2, tak BERSIH pun.

Perhimpunan Bersih 3.0 (28042012) 



Diingatkan kepada yg menggunakan hujah2 ini, TOLONG BERSIFAT ADIL DLM BERHUJAH.

1. Jika anda boleh mengatakan Bersih 3.0 ini berdosa, mengapa anda tidak mengatakan Konsert JOM HEBOH yg diadakan di serata negara itu juga berdosa. Kelihatan lebih teruk lg ada la.

2. Adakah layak dipanggil beruk jika terpekik kerana inginkan pilihan raya yg bersih? Adakah mereka terpekik kerana perjuangkan hak sendiri? Sebenarnya yg lebih layak dipanggil beruk ialah mereka yg bergaduh sesama sendiri, sampai tak bertegur sapa hanya utk perjuangkan pasukan bolasepak yg bermain di Champion League. Tak dilupakan yg berada di atas stage konsert berserta penontonnya skali (ABPBH 2012).

3. Mana2 perhimpunan pasti ada sampah, hari sukan sekolah pon berselerak gak sampah. Lebih2 lagi bila dh ramai2.Tak percaya g la tgk dkt Jom Heboh, lebih teruk lg, dilaporkan kondom berselerakan apabila tamatnya konsert itu pada 3 tahun lps.


  • Jgn hanya kerana anda x bersutuju dgn perhimpunan ini, anda terus mengeluarkan hujah yg kebudak-budakan. Lapangkan dada, lihatlah dgn hati yg terbuka. :)

April 21, 2012

Dari Mulut Ulama & Sarjana Islam


Membangun negara yang berhukum dengan undang-undang Allah, menyeru org Islam atas dasar Islam agar semuanya dapat berhimpun di bawah naungan syiarnya ialah WAJIB. Kita wajib berusaha ke arahnya, sebagaimana kita wajib menyeru manusia utk mencapai cita-citanya.
AL-Imam Dr Yusuf Al-Qaradawi

Janganlah berputus asa kerana sifat demikian bukanlah akhlak seorang Muslim. Waktu masih panjang, lalu tanamkanlah azam seteguhnya meskipun kerosakan bermaharajalela kerana yg lemah tidak mungkin akan lemah sepanjang hidupnya, demikian juga yg kuat tidak mungkin akan kuat selama-lamanya.
Imam Hasan Al-Banna

Di dalam masjid, kita menjadi Imam & Makmum, manakala di luar rumah Allah itu kita disebut sebagai pemimpin & rakyat. orang yg berada di dalamnya masih sama. Khutbah di dalam masjid menerangkan dasar-dasar Islam, manakala ucapan di luar masjid adalah untuk melaksanakan dasar-dasar ini.
TG Nik Abdul Aziz Nik Mat


Tidak mustahil rakyat biasa, yang berkorban untuk Islam dengan ikhlas & jujur, lebih afdhal dari pemimpin itu sendiri dan lebih mulia disisi Allah dari org yg mempunyai jawatan yg tinggi. kerana nilaian Allah ialah ikhlas & taqwa.
TG Haji Abdul Hadi Awang

Kita menyertai perjuangan ini bukan kerana tuntutan demokrasi, jauh sekali beriman dgn demokrasi. Tetapi kita menyertainya kerana ia adalah amanah dari Allah kepada kekasihNya, agar membawa risalah yg termaktub di dalam kitab sucinya dan mendaulatkan tuntutannya di dalam seluruh sistem kehidupan.
Ustaz  Nasrudin Tantawi