January 12, 2015

TELAH MENJADI BARAH

Maaf jika pandanganku ini agak kasar, tapi inilah kebenarannya. Penyakit membenci sesuatu bangsa dengan dendam yang pelik-pelik sudah jadi barah dalam masyarakat kita. Senang cerita, MELAYU VS CINA.

Bila ada kesilapan SEORANG yang berbangsa cina, maka kita terus menghukum bangsanya sebagai bangsa yang beradab. Begitu juga bagi mereka terhadap kita.

Aku kalau boleh nak perasaan itu dikikis dari dalam diri ini dan diri sahabat-sahabat melayuku. Dengan ini akan ku ceritakan pengalaman aku dengan seorang bos berbangsa cina.

Dalam pejabat aku yang majoritinya melayu, kami diketuai oleh seorang CFO yang berbangsa cina. Oleh sebab dia ni CFO dan aku dalam finance, dah tentunya dia jadi bos aku secara direct.

Boleh dikatakan separuh dari staf di pejabat tu tak suka dengan CFO ni, dari Clerk sampailah ke HOD. Ada je yang anti dengan dia sebab kerja suka mendesak. Bagiku, cara kerja bangsa cina adalah cara kerja yang terbaik. Pace mereka dalam bekerja sangat efektif. Tapi biasalah, cara kerja orang kita ni pula slooooow, tu yang tak ngam bila bekerja dengan cina tu,

Satu hari lepas aku dan CFO ni bincang pasal bank recon, dia cakap kat aku yang orang melayu lain tak akan percaya, dia nasihatkan aku macam mana nak berjaya dalam kerjaya accounting ni.

"To have a bright future in this career Zul, u must have a qualification. Please make some research on how to get that qualification. U can take an exam at MIA, or u can take an ACCA. It's up to u. But my advice, don't take ACCA. Haha."

Lebih kurang macam tu la dialog dia dengan aku.

Aku bersyukur dengan Islamku, aku redha dengan Melayuku, Tetapi aku mahu cara kerja seperti Cina, aku mahu pemikiran luas seperti Barat, aku mahu sifat rajin seperti Nepal.

Tak salah bukan?