May 27, 2011

Buku Yang Harus Ada Oleh Setiap Remaja (FURU' AL-MASAIL WA USUL AL-WASAIL)

Buku ini byk membincangkan persoalan2 yg patut setiap remaja tahu, ia berbentuk soal jwb dan yg menjawabnya ialah tokoh Ulama Nusantara yg terkenan iaitu Maulana Al-Syeikh Daud B. Abdullah Al-Fathani dan disusun semula oleh tokoh agama terkenal negara iaitu Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz.

Buku ini boleh dijadikan rujukan oleh org muda jika berhadapan dgn masalah yg berkaitan dgn agama.

Ia menjawab soal2 syariat yg merangkumi aspek2 ibadah, munakahat, maumalat & jinayat. Moga2 dgn adanya buku ini,  ia dpt membimbing remaja menjadi pemuda Islam yg lebih faham tentang agamanya. Wallahualam

Maulana Al-Syeikh Daud B. Abdullah Al-Fathani - Berasal dr negeri Fatani, bermazhab Syafi'e, sgt alim & dihormati di Kota Mekah & telah byk menterjemahkan kitab2 bahasa Arab kpd B.Melayu. Semoga Allah merahmatinya, disamping kita mendapat manfaat daripadanya & keberkatan ilmunya. Ameen.

May 26, 2011

Nasihat Untuk Yang Beriman.

Dari Rasulullah SAW, "Pada waktu malam aku diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya:
  1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
  4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
  5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, "Berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T." Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :
  1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
  3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
  4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
  5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya. 
  7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."
sumber: luvislam92.blogspot.com

10 Solat Yg Tidak Diterima Allah SWT.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."