June 25, 2011

Mengumpat Yang Dibenarkan

Mengata dan mengumpat bermakna: "mencela-cela atau memburuk-burukkan orang lain di belakang.". Dlm takrif yg lain bermaksud: "kamu menyebut mengenai saudara kamu perkara yg dibencinya atau mengenainya perkara yg dia tidak suka."

Nabi Muhammad SAW bejumpa dengan para sahabat dan bertanya, “Kamu tahu apa itu mengumpat?” Mereka menjawab “Allah dan Rasul-Nya lebih tahu” Nabi bersabda lagi, “Kamu menyebut apa yang saudara kamu benci” Mereka berkata lagi, “Apa kata kalau yang kusebut itu sememangnya ada pada saudaraku?" Nabi bersabda lagi, “Jika yang kamu sebut itu ada pada dia, maka itulah mengumpat. Jika yang disebut itu tiada padanya, maka itulah pembohongan besar.” (Hr Muslim )

Namun ulama telah mengkategorikan ada jenis umpatan yg diharuskan oleh syarak. Imam al-Nawawi mengkhususkan satu bab dlm kitabnya Riyadhu al-Salihin tentang umpatan yg diharuskan syarak.
 
Sebab umpatan itu menjadi harus:
  1. Utk mengadukan kezaliman. Harus bagi orang yg dizalimi utk memberitahu pihak yg boleh menolongnya drpd terus dizalimi penzalim.
  2. Meminta pertolongan utk mengubah kemungkaran dgn mengadu kepada pihak yg berupaya mengubahnya dan menceritakan (mengumpat) perbuatan salah atau mungkar yg dilakukan.
  3. Meminta fatwa tentang sesuatu hukum agama yg ada kaitan dgn pihak yg diumpat dgn syarat umpatan itu perlu dilakukan utk memahamkan org yg diminta fatwa. 
  4. Memberi ingatan dan nasihat kpd orang Islam lain tentang keburukan yg dilakukan oleh orang yg diumpat.
  5. Mengumpat orang yang terang-terangan melakukan kefasikan dan maksiat seperti peminum arak, penceroboh, pengumpul harta orang secara zalim (termasuk perasuah), pelaksana kerja-kerja batil dan seumpamanya. 
  6. Memberi pengenalan seseorang yang mana jika tidak diumpat sedikit maka orang tidak akan mengenalinya, tetapi jika boleh dikenali dengan tidak mengumpatnya, maka mengumpat ketika itu adalah haram.
Imam al-Nawawi juga membawa beberapa hadis sebagai bukti Nabi s.a.w. juga mengumpat dan mengata di belakang jika keadaan mewajarkannya, seperti berikut:

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dengan sanadnya daripada Aishah r.a. bahawa seorang lelaki datang meminta izin untuk keluar daripada baginda (sedangkan keadaan ketika itu tidak membolehkan sesiapa pun berpindah keluar dari Madinah), lalu baginda berkata kepada para Sahabat: "Berilah keizinan padanya! Dia itu seburuk-buruk saudara sekeluarga!"

Imam al-Bukhari juga meriwayatkan daripada Aishah r.a. bahawa Nabi s.a.w. pernah mengata di belakang dua orang lelaki Islam yang tidak berdisiplin: "Aku rasa si polan dan si polan itu tidak tahu apa-apa tentang peraturan agama kita."

Di dalam kitab Ihya Ulum al-Din, Imam al-Ghazali ada menyenaraikan beberapa keadaan yang membolehkan seseorang itu mengumpat atau mengata, keadaannya adalah seperti berikut:
  1. apabila berlaku penganiayaan, seperti seseorang yang dizalimi mengadu kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya.
  2. meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari seseorang atau mengembalikan seseorang yang melakukan maksiat ke jalan kebaikan. 
  3. ketika meminta fatwa atau keterangan sesuatu hukum dalam agama. Contohnya seseorang mengadu kepada kadi dengan berkata: "Ayah saya telah menganiaya saya." 
  4. mengingatkan seseorang muslim dengan sesuatu kejahatan. Contohnya: jika anda mengetahui seseorang itu jahat, lalu anda mengingatkan orang lain supaya menjauhkan orang lain dari orang itu. 
  5. apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, atau panggilan yang memang menunjukkan sesuatu kekurangan pada dirinya, seperti mengatakan si polan yang tempang atau yang buta. 
  6. apabila seseorang itu memang sengaja terang-terang membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatan itu.

June 23, 2011

Panduan Suami Yang Baik.

  • Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
    • Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
      • Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
        • Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
          • Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
            • Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
              • Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
                • Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
                  • Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
                    credit to: Ustaz Azhar Idrus

                    Khas Untuk Yg Suka Bergambar. (^_-)

                    Hukum Mengambil Gambar Yg Tidak Menutup Aurat.

                    1.Apakah hukum kita mengambil gambar model2, pengantin2 yg mendedah aurat? (terutama aurat wanita)
                    Jawapan: Haram samada model/pengantin itu lelaki, wanita atau khunsa.

                    2. Adakah dgn menyebarkan gambar2 tersebut, kita boleh mendapat dosa secara tidak langsung?
                    Jawapan: Setiap yg haram dilihat, maka haram juga diperlihat atau dipertonton oleh org lain samada didalam majalah, buku, internet, dll. Selama mana gambar itu belum dipadam, maka selama itulah jurukamera mendapat saham dosa tersebut.

                    3. Apakah pendekatan utk menangani masalah sebegini rupa?
                    Jawapan: Kembalilah kpd Islam samada kita ini jurukamera, model atau sesiapa shj dgn mendalami ilmu agama & sebarkanlah kpd org lain atas nama dakwah.  Tunjukkanlah kpd org lain bahawa gambar yg cantik tak semestinya menggunakan model ataupun perkara2 yg haram. Islam tidak menghalang kita bergambar, cuma Islam mengawalnya shj agar tidak melampaui garis panduan agama.

                    source: JKKK Fanclub

                    June 20, 2011

                    Maksud Sebenar MAHRAM

                    Mahram (Bahasa Arab: محرم ), ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang (haram) berkahwin. Ianya terbahagi kepada dua larangan iaitu :-
                    1.Larangan kekal (Muabbad)
                    2.Larangan sementara (Muaqqat)

                    Larangan kekal (Muabbad) : Larangan kekal (Muabbad) ialah larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.

                    Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). (Surah An-Nisaa’ : Ayat 22)
                    Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):

                    •ibu-ibu kamu, dan
                    •anak-anak kamu, dan
                    •saudara-saudara kamu, dan
                    •saudara-saudara bapa kamu, dan
                    •saudara-saudara ibu kamu dan
                    •anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan
                    •anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan
                    •ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
                    •saudara-saudara susuan kamu, dan
                    •ibu-ibu isteri kamu, dan
                    •anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
                    •Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
                    •Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.

                    Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisaa’ : Ayat 23)

                    Larangan sementara (Muaqqat) : Larangan Muaqqat ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.

                    Mahram muaqqat ini terdiri dari :
                    1.Adik ipar atau kakak ipar.
                    2.Isteri kepada bapa saudara (emak saudara "sabit").

                    Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya (iparnya) selagi mana isterinya masih ada. Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan Mahram sementara (Muaqqat) sama seperti hukum dengan bukan Mahram.

                    Termasuk bukan Mahram ialah sepupu(anak kepada emak/bapa saudara), walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Wajib menjaga keseluruhan aurat semasa berada di hadapan bukan Mahram. Tidak boleh bersentuhan atau bersalaman dengannya.


                    Sering kita mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas. Di sini saya paparkan makna kedua-duanya.

                    Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

                    Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.

                    Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim. Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.



                    BATAS-BATAS AURAT
                    Aurat wanita Islam yang wajib ditutup supaya tidak dilihat lelaki yang bukan mahram dan juga wanita yang bukan muslim ialah seluruh badannya, kecuali muka, dua tangan dan dua tapak kaki menurut sesetengah pendapat. Selain itu, ada lagi pendapat yang agak keras iaitu wanita dikehendaki menutup seluruh badan termasuk muka, dua tangan dan kaki, kecuali sebelah mata kiri sahaja yang harus dibuka bagi keperluan bergerak ke sana sini. Bagi memenuhi keperluan ini, mereka perlu memakai pakaian seperti niqab yang menutup muka, di samping jilbab yang biasa dipakai wanita. Ini adalah pendapat yang mahsyur dalam mazhab Syafie.

                    Secara ringkas, batas-batas aurat ialah seperti di bawah ni:

                    1. Aurat lelaki dengan lelaki dan lelaki dengan perempuan yang ajnabi ialah antara pusat dan lutut. Sebaik-baiknya hendaklah menutup anggota tubuh badan supaya nampak lebih sopan.
                    2. Aurat perempuan dengan perempuan Islam ialah antara pusat dan lutut manakala aurat perempuan dengan perempuan yang bukan Islam adalah seperti aurat perempuan dengan lelaki yang ajnabi (lelaki yang boleh dikahwini) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan


                    Siapa yang boleh tengok aurat seseorang wanita ? Berdasarkan ayat 31 Surah an-Nur kat atas tu. Mereka ialah:
                    1.Suami
                    2.Ayah kandung
                    3.Ayah mertua
                    4.Anak-anak lelaki kandung
                    5.Anak-anak lelaki tiri
                    6.Abang atau adik lelaki
                    7.Anak-anak saudara yang lelaki
                    8.Wanita-wanita Islam
                    9.Pembantu yang dimiliki (zaman dulu ada khadam tak boleh disamakan dengan pembantu rumah zaman sekarang.)
                    10.Pembantu-pembantu lelaki yang tiada nafsu lagi.
                    11.Kanak-kanak yang belum mengerti pasal aurat. (Kalau dia tahu beza, wajib tutup aurat).


                    Aurat antara ipar duai serta sepupu sama seperti aurat dengan bukan mahram. Berkenaan sepupu pula. Mereka itu adalah ajnabi yang sah nikah dengan kita. Jadi bila berada di kalangan mereka kita kena:

                    1.tutup aurat sebaik-baiknya
                    2.haram bersentuhan seperti bersalaman, berpelukan dan seumpamanya walaupun kita sudah kenal mesra sejak kecil lagi.

                    KECUALI jika sepupu kita itu adalah anak susuan ibu kita. Jika begitu mereka juga adalah ibarat adik-beradik sendiri dan boleh melihat aurat kita.

                    BAPA SAUDARA SABIT / IBU SAUDARA SABIT : Iaitu suami kepada mak saudara atau isteri kepada ayah saudara, sama ada sebelah ibu atau sebelah ayah. Dia juga bukan mahram kita. Jadi aurat tetap kena jaga dengan sempurna. Rambut (bagi muslimah) dia tak boleh lihat. Tubuh badan juga sejak akil baligh, mestilah dilindungi dengan pakaian menutup aurat dari pandangannya. TAPI, jika kita ni anak susuan mak saudara kita tu, maka bapa saudara sabit tadi telah menjadi bapa susuan kita. Hukumnya kini, dia seperti bapa kandung kita.

                    credit to: Ustaz Azhar Idrus

                    June 19, 2011

                    Buktikan Sayang Anda Pada Insan Bernama AYAH!!!

                    kenangkanlah perjuangan ayahmu
                    alhmdulillah, sempena hari bapa ni, byk sahabat2 kt FB wish kt ayah2 diorg, itulah tanda anak yg bersyukur. bersyukur atas nikmat yg Allah berikan pada kita, iaitu mempunyai nikmat seorg bapa. sy harap kome teruslah menyayangi ayah kome selagi nyawa dikandung badan. berjasa la pada mereka.

                    BAGIKU..
                    adakah dgn mengucapkan "thank u DAD", "TERIMA KASIH ABAH", "LUV u DADDY" dapat membuktikan kasih sayang kita yg ikhlas pada ayah?

                    sy rasa kome dh taw apa caranya nk buktikn kasih sayang kita pada ayah, antaranya, bagi hadiah, hormat mereka, jaga mereka bila diorg dh tua. tahniah, anda berjaya buat semua tu. tetapi.......

                    sedar x kalian, khususnya kepada anak2 perempuan yg masih belum berkahwin, dosa yg anda lakukan akan menyebabkan ayah anda terlibat sama. adakah itu bukti anda sayangkn mereka?

                    sebagai contoh, jika seorg anak mendedah aurat, mengumpat, membuat maksiat, meninggalkan solat, dan pelbagai lg kemungkaran,dosa yg akan diterima anak akan diterima juga oleh bapanya. kerana bapanya juga berdosa kerana gagal mendidik anak2nya utk patuh perintah Allah.

                    utk ayah yang masih hidup, dosanya akan bertambah jika anak gadisnya juga membuat dosa. tetapi bagi ayah yg telah kembali ke Rahmatullah, mereka akan disoal & diseksa didalam kubur disebabkn dosa yg anak2nya lakukan. APAKAH INI YG MEMBUKTIKAN KALIAN KASIHKAN & SAYANGKAN AYAH KALIAn??!!! fikirkn semula, tanya la hati kecil kita, "adakah benar kasih sygku pada ayah selama ini?" janganlah disebabkan dosa kita ini, menyebabkan ayah kita tersungkur di lembah NERAKA.

                    fikirkanlah apa yg dikatakan ini, kembalilah kita ke jalan yg sebenar. doakanlah keampunan dan kesejahteraan utk kedua ibubapa kita.

                    Doa utk Ibu & Bapamu.
                    Ya Allah
                    Rendahkanlah suaraku bagi mereka
                    Perindahlah ucapanku di depan mereka
                    Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
                    Lembutkan hatiku untuk mereka

                    Ya Allah,
                    Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
                    didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
                    kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
                    mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

                    Ya Allah,
                    Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
                    atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
                    atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
                    jadikanlah itu semua penyebab susutnya
                    dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
                    mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
                    hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
                    kebaikan berlipat ganda.

                    Ya Allah,
                    Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
                    Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
                    Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
                    syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
                    bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
                    yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

                    Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
                    Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
                    yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

                    Amin Ya Rabbul Alamin..

                     
                    akhir kata, marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah.
                    Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan didunia ini.
                    Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

                    June 17, 2011

                    Bukti Rasulullah Mencintai & merindui mu.

                    Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

                    Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna.

                    "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

                    "Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

                    "Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

                    Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.

                    Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."






                    Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

                    "Malaikat," jawab sahabat.
                    "Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

                    Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
                    "Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

                    "Mungkin kami," celah seorang sahabat.
                    "Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

                    "Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

                    "Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.

                    "Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
                    Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

                    Rasulullah tetap mencintai kita walaupun kita masih belum lahir didunia ini. Namun, adakah kita mencintai Insan mulia ini sebagaimana Baginda menyayangi kita? Tanyalah iman anda, adakah kita ikhlas terhadap Rasulullah SAW?

                    للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

                    June 15, 2011

                    7 Sunnah Rasulullah SAW

                    1. Tahajjud
                      • Kemuliaan seorg mukmin terletak pada tahajjudnya
                    2.  Membaca al-Quran Sebelum matahari terbit
                      • Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, mata ini membaca al-Quran dgn penuh pemahaman
                    3. Jgn tinggalkan masjid, terutama waktu Subuh
                      • Sebelum kaki ini melangkah mencari rezeki, halakan langkah ini ke masjid dahulu kerana masjid merupakan pusat keberkatan dan ia merupakan panggilan Allah yg mencari hambaNya yg memakmurkan masjid.
                    4. Menjaga solat Dhuha
                      • kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.
                    5. Menjaga sedekah setiap hari
                      • Allah menyukai org yg bersedekah, malaikat sentiasa mendoakan kebaikan org yg bersedekah.
                    6. Menjaga wudhu terus menerus
                      • Saidina Ali b Abi Talib KWJ berkata, "org yg selalu berwudhu sentiasa akan merasa selalu bersolat & dijaga oleh malaikat dgn 2 doa, "ampunilah & sayangi dia ya Allah."
                    7. Amalkan istighfar setiap saat
                      • dgn istighfar, masalah yg terjadi kerana dosa kita akan dijauhi Allah. kita juga akan diberesihkan dosa dgn setiap istighfar yg diucapkan.

                    Isteri Yg Baik

                    * Nikahi suaminya bukan kerana harta atau dunia
                    * Sentiasa sedar syurga dibawah tapak kaki suaminya
                    * Taat semua perintah suami yg bukan maksiat
                    * Tak bangkang kata2 suami dan tidak meninggi suara
                    * Meminta ampun setiap kali suami keluar pergi bekerja dan waktu pulang
                    * Menyediakan semua keperluan suami seperti memasak dll
                    * Menemani suami makan sekalipun dirinya berpuasa
                    * Tidak menjamah makanan melainkan setelah suami mula dahulu
                    * Sentiasa memasak makanan yg digemari suami
                    * Sentiasa berada disisi suami bila suami dirumah
                    * Rumah sentiasa kemas dan bersih
                    * Berhias hanya utk suami dgn solekan dan pakaian tercantik
                    * Tidak suka mengunkit

                    credit to: Ustaz Azhar Idrus 

                    June 12, 2011

                    SEPULUH TANDA HATI KITA MATI (SYEIKH IBRAHIM ADHAM)

                    1. Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tetapi tidak menunaikan hak-haknya. 

                    2. Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan Sunnah baginda.

                    3. Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum-hakam di dalamnya.

                    4. Memakan nikmat- nikmat Allah s.w.t tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya.

                    5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya

                    6. Mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

                    7. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

                    8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya.

                    9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain tetepi lupa akan keaiban diri sendiri.

                    10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

                    credit to: JKKK Fan Club