Seorang ahli hikmah pernah ditanya tentang taubat yg dilaksanakan oleh seorg hamba, "adakah boleh mengetahui bahawa taubatnya diterima atau tidak?". Lalu dia menjawab dgn mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberi ketentuan tentang hal itu kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tandanya shj.
- Hamba yg bertaubat itu melihat dirinya masih belun suci dari dosa
- Dia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya, lalu dtg perasaan sedih apabila terkenangkan dosanya.
- Dia suka mendekati org2 yg baik & menjauhi org2 yg jahat & buruk akhlaknya.
- Walaupun sedikit rezeki yg diperoleh di dunia tetapi dia melihat banyak, Manakala walaupun banyak amal akhhiratnya, tetapi dia melihatnya masih sedikit.
- Dirinya sibuk melaksanakan kewajipan terhadap Allah SWT & sedikit urusannya terhadap rezeki yg telah ditetap dan dijamin oleh Allah SWT.
- Sentiasa menjaga lidah, bertakafur serta tetap dlm penyesalan & kesedihan terhadap dosa-dosanya.
No comments:
Post a Comment