September 14, 2014

MULUT, PABILA DIKAWAL OLEH AKAL TANPA IMAN.

Kita dikurnia mulut dan lidah. Dan suara. Dengan kombinasi ketiga-tiga ini, ia boleh menjadi suatu perkara yang menenangkan hati si pendengar, dan juga boleh terbitkan dendam didalam dada mereka.

Sejujurnya, kita selalu ambil kesempatan dengan mulut ini untuk buat orang senang dengan kita, ada yang senang dengan kita pabila kita berlawak, ada yang nak dengar kita beri nasihat, dan ada juga yang tunggu kita membahan orang lain.

Tapi, kita kenalah kawal benda ini dengan iman yang jitu, jangan kerana nak buat orang gembira, Allah jadi murka.

Jumaat lepas kita ada terbaca satu hadith yang memberi kesan terhadap diri kita, maksud hadith tu lebih kurang;

"Siapa yang bercakap dengan niat membuat orang ketawa, maka jauh baginya Surga Allah,"

Okay, sekarang kita patut takut kan? 

No comments:

Post a Comment