August 15, 2011

Istidraj - Satu Bala Untuk Yg Lalai

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s.a.w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Tujuan hidup kita adalah mencari KEREDHAAN Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia BERSYUKUR nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
walahuallam
source: JKKK FanClub

August 14, 2011

Isu Panas Di Ramadhan

Isu terbaru yg agak panas di bulan Ramadhan ini adalah isu tentang Larangan Pembacaan al-Quran di Speaker Masjid. Setelah beberapa hari banyak pendapat telah dikeluarkan sehingga ada tokoh agama yg bersetuju. Tak kurang juga yg membantah dgn sekeras2nya.

BAGIKU..

Tidak salah jika ada pihak yg ingin membantah, dan tidak salah juga utk menyokong. Ini hanyalah pendapat kerana bacaan al-Quran menggunakan speaker ini bukanlah perkara yg wajib. Tetapi jika kita dilarang utk azan menggunakan speaker, barulah wajib bagi kita utk membantah kerana azan itu adalah fardhu kifayah & tanda syiar Islam, jika tak azan, kariah masjid akan menanggung dosa kerana tidak melaungkan syiar Islam.

Apa yg ingin sy katakan disini ialah, daripada kita membantah sekeras2nya larangan ini yg dibuat oleh sebuah kerajaan negari ini, apa kata kita ramai2 imarahkan masjid. Cuba kita tanya diri kita sendiri, adakah bantahan kita itu ikhlas kerana Allah, ataupun sekadar ingin membantai kerajaan negeri yg lain dgn menyebut kerajaan pemerintahan pembangkang ini tidak sensitif pada agama Islam? (Ce tanye, Ce tanye).

Bukan apa, sy takut ini terjadi kepada diri sy sendiri. Kita ingin perjuangkan agar Bacaan al-Quran mesti diteruskan melalui speaker tetap kita sendiri hanya seminggu/setahun sekali pergi ke masjid. Demi Allah, pergi solat berjemaah di masjid lebih aula(utama) daripada kita membantai sesetengah pihak kerana perkara ini. 

Ketahuilah wahai sahabat, jika kita marah, geram sbb ada pihak yg cuba mencabar & menghina agama kita, apa kata kita buat mereka geram, marah & takut dgn kita apabila kita kerap ke masjid.

kenapa sy katakan begitu? ini kerana tokoh yahudi ada mengeluarkan kenyataan berani mati apabila dia mengatakan bahawa UMAT ISLAM TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENANG DLM PEPERANGAN MEMERANGI YAHUDI KECUALI SOLAT SUBUH BERJEMAAH UMAT ISLAM SAMA RAMAI DENGAN SOLAT JUMAAT.

Bagaimana ekonomi umat Islam nk maju jika bgn subuh pukul 7.00pg? Ini berlainan dgn kaum Cina yg sudah siap2 di pagi hari utk pergi bersenam. Cuba kita bgn pagi2 utk merebut keberkatan di pagi hari yg desediakan oleh Allah utk ke masjid & solat subuh berjemaah. Ini kerana sesiapa yg bgn di pagi hari, murah rezekinya.

Tidakkah kita pernah mendengar hadis Rasulullah SAW yg bermaksud, “Solat jemaah yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafa Alaih). Tanya diri kita sendiri, apakah kita tergolong dikalang org munafik, atau lebih teruk dari itu kerana bkn shj solat subuh & isyak, bahkan semua solat fardhu kita tinggalkan jemaahnya. ALLAHURABBI.

Sebagai kesimpulan, jgnlah kita hanya berkobar2 pertahankan perkara yg kecil, sedangkan ada perkara besar & lebih aula perlu diambil berat. 

YA ALLAH, SATUKANLAH HATI UMAT2 ISLAM UNTUK MENENTANG MUSUHMU YG NYATA & MUSUH YG ADA DI DALAM HATI KAMI. AMEEN!!
ALLHUAKBAR!!!

August 13, 2011

ALLAH KENAPA AKU DALAM NERAKA ???

Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?

Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini.

(Tiba-tiba)

Tangannya terangkat dan berkata, "Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku."

Kakinya tiba-tiba bersuara,'aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.'

Mulutnya tiba-tiba menyanggah, 'ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?

Telinga yang hanya mendengar dari tadi turut tidak melepaskan peluang.'Hey hey, nanti dulu. Kau jangan lupa, telinga kau ni, kau gunakan untuk apa? Ingat tidak pada suatu ketika dahulu, kau menggunakannya untuk mendengar lembut suara si dia yang bukan muhrim mu? Apa kau sudah lupa ketika nafsu kau sudah menewaskan akal dan Iman mu, kau asyik dalam kecintaan kau pada dia yang tidak halal bagimu? Apa kau ingat semua ini bukan dosa? Mana perginya tazkirah yang kau beri dahulu kepada teman-temanmu? Apa yang kau ingatkan mereka? Sudah lupa? Kau mengatakan La Takrabu Zina. Punya kau bersemangat memberi ceramah mengenai bahaya pujuk rayu Syaitan, tetapi mengapa kau yang tertewas dengan pujuk rayu si Durjana tu?

Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah, "itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.

Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?

Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama - sama dengan kami," kata si iblis dan kaumnya.

Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astarfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akan Surah Yassin ayat 65 :

"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan."

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.
source: JKKK FanClub

August 6, 2011

Sembilan Sebab Hati Tidak Tenang.

Antara 9 sebab utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah
Sifat pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam
Sifat dendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain perkara dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia

5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yg diminum tetap tak habis juga. lagipun org tamak selalu rugi. Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak & takabbur dgn apa yg kita ada.

9. Cinta dunia
Jika tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan tetapi ialah sifat MAZMUMAH.

Makin tinggi sifat mazmumah seseorang, semakin dia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmumah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi, sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Enam Tanda Taubat Diterima

Seorang ahli hikmah pernah ditanya tentang taubat yg dilaksanakan oleh seorg hamba, "adakah boleh mengetahui bahawa taubatnya diterima atau tidak?". Lalu dia menjawab dgn mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberi ketentuan tentang hal itu kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tandanya shj.
  1. Hamba yg bertaubat itu melihat dirinya masih belun suci dari dosa
  2. Dia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya, lalu dtg perasaan sedih apabila terkenangkan dosanya.
  3. Dia suka mendekati org2 yg baik & menjauhi org2 yg jahat & buruk akhlaknya.
  4. Walaupun sedikit rezeki yg diperoleh di dunia tetapi dia melihat banyak, Manakala walaupun banyak amal akhhiratnya, tetapi dia melihatnya masih sedikit.
  5. Dirinya sibuk melaksanakan kewajipan terhadap Allah SWT & sedikit urusannya terhadap rezeki yg telah ditetap dan dijamin oleh Allah SWT. 
  6. Sentiasa menjaga lidah, bertakafur serta tetap dlm penyesalan & kesedihan terhadap dosa-dosanya.