Bismillah..
Topik yang akan menusuk hati bagi sesiapa yang pinginkan peringatan.
Hari ini saya bukannya nak cerita tentang kuman yang virus tu, bukan juga tentang bekteria. Cuma nak berkongsi tentang "kuman hati".
Selalu tak terjadi (pada diri sendiri), kita selalu nasihatkan orang lain. Kadang-kadang tu kita macam ada consultant sendiri sebab selalu sangat bagi nasihat dan ramai pulak yang nak dengar nasihat kita.
Kadang-kadang yang ringan, ada tahap yang "dibasuh", tapi misinya tetap 1, nak buat orang jadi baik.
Sekarang dah nampak kesan positif tu apabila ramai sahabat yang cenderung kepada dakwah. Ramai yang ikut saranan Rasulullah SAW "Sampaikan dariku walau satu ayat,". Tentang ikhlas atau tak, itu kita serahkan pada Sang Pencipta.
Ok, sahabat semua dah berubah, Alhamdulillah! Tapi kita terlupa satu perkara. Ya, diri kita. Kekadang kita gagal audit diri sendiri dek kerana lunak dibuai "mimpi". Mimpi yang kita menjadi "Pak Ustad" didalamnya.
Hayatilah firman Allah ini,
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" (al-Baqarah: 44)
Faham? Ok boleh start nmenangis sekarang.
No comments:
Post a Comment