Dalam masa yang sama, negara kita Malaysia telah dikejutkan dengan pelbagai siri jenayah bersenjata. Sama ada rompakan ataupun pembunuhan. Hal ini lebih parah apabila jenayah bersenjata ini didedahkan di alam maya.
Baik, jika jenayah ini berlaku di Brunei, maka hukumannya:
- Perompak yang hanya membunuh dan tidak mengambil harta rompakan maka harus dihukum bunuh.
- Perompak yang mengambil harta dan membunuh maka harus dihukum bunuh.
- Perompak yang mengambil harta dan tidak membunuh maka harus dipotong tangan dan kakinya secara bersilang (tangan kanan dan kaki kiri).
- Jika hanya menakut-nakut orang yang lalu lintas, tetapi tidak pula merompak atau membunuh, maka ditawan dan dibuang negeri.
Ada beberapa pihak di negara kita telah mengeluarkan pandangan agar Undang-undang Hudud (Syariah) ditegakkan. Tetapi ia mendapat tentangan dari pihak yang lain.
Pelbagai hujah dikeluarkan, dan yang paling tidak masuk akal ialah:
"Jika Hudud dijalankan di Malaysia, habis kudunglah orang Melayu Islam disini. Orang bukan Islam pula boleh bergembira!"
Aduh, ini satu ulasan yang sangat jahil, serta menafikan kesempurnaan ketetap Allah. InshaAllah saya akan menjawab hujah yang tidak masuk akal ini sebentar lagi.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment