October 19, 2013

Nampak kuman?

Bismillah..

Topik yang akan menusuk hati bagi sesiapa yang pinginkan peringatan.

Hari ini saya bukannya nak cerita tentang kuman yang virus tu, bukan juga tentang bekteria. Cuma nak berkongsi tentang "kuman hati".

Selalu tak terjadi (pada diri sendiri), kita selalu nasihatkan orang lain. Kadang-kadang tu kita macam ada consultant sendiri sebab selalu sangat bagi nasihat dan ramai pulak yang nak dengar nasihat kita.

Kadang-kadang yang ringan, ada tahap yang "dibasuh", tapi misinya tetap 1, nak buat orang jadi baik.

Sekarang dah nampak kesan positif tu apabila ramai sahabat yang cenderung kepada dakwah. Ramai yang ikut saranan Rasulullah SAW "Sampaikan dariku walau satu ayat,". Tentang ikhlas atau tak, itu kita serahkan pada Sang Pencipta.

Ok, sahabat semua dah berubah, Alhamdulillah! Tapi kita terlupa  satu perkara. Ya, diri kita. Kekadang kita gagal audit diri sendiri dek kerana lunak dibuai "mimpi". Mimpi yang kita menjadi "Pak Ustad" didalamnya.

Hayatilah firman Allah ini,
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" (al-Baqarah: 44)

Faham? Ok boleh start nmenangis sekarang.

October 12, 2013

Gunanya "WH Qustions"

Terlintas didalam fikiranku bagaimana untuk melonjakkan lagi business kecilku secara online ni, fikir punya fikir ada la keluar dua tiga idea yang dirasakan bernas.

Ok, idea dah dapat, cuma perlu perkukuhkan je lagi. Part inilah yang sebenarnya paling susah, sebab kita tiada idea macam mana nak kembangkan idea tu kan? Ha Ha Ha.

Sama seperti bila kita buat persediaan untuk adakan program, talkshow, big project, dan etc. Acap kali habis je program, mesti banyak kelemahan yang dapat dikesan. Kelemahan ini berpunca dari gagal merancang secara rapi.

Jadi, macam mana nak buat perancangan rapi tu? Haa, part ni kita kena brainstorming habis-habisan, lepas itu InshaAllah akan berjaya.

Caranya mudah, cuba kita gunakan method WH Questions.

Cuba pelbagaikan soalan.
WH Questions = Siri soalan yang berkaitan dengan plan, ditanya pada diri sendiri. Who, Where, Why, What, When, and How.

Kita cuma perlu buat soalan dari WH Questions ini.

Contohnya kita nak berniaga Jam - 

  • Who - Siapa pelanggan kita? 
  • Where - Dimana kita nak jual jam tu?
  • Why - Sebab apa kita pilih nak jual jam?
  • What - Apa jenis jam? Apa harganya? Apa risikonya? (Ni yang paling banyak dipersoalkan)
  • When - Bila kita nak mula? Bila masa yang sesuai? Bila kita akan dijangka maju?
  • How - Macam mana nak pastikan kita dapat untung?
Nampak mudah kan? Cuba buat soalan yang luar dari kotak, soalan yang membuatkan kita lebih berhati-hati.

Selamat mencuba!!