October 25, 2013

Tak Faham? Kajilah.

Ada yang persoalkan,
"Jika Hudud dijalankan di Malaysia, habis kudunglah orang Melayu Islam disini. Orang bukan Islam pula boleh bergembira!"

Maka ini hujah balas dari insan yang bukan siapa-siapa seperti saya.

Kita pasti bersetuju bahawa tidak ada satu hukuman buatan manusia di muka bumi ini dilaksanakan untuk menggalakkan lagi jenayah.

Jadi, apakah jika Undang-undang Syariah dijalankan di Malaysia akan membuatkan Melayu Islam disini lebih gemar merompak dan mencuri?

Undang-undang Syariah ini bukan sahaja bertujuan untuk menghukum, ia juga lebih kepada mendidik. Adakah kita mahu melihat Melayu Islam di Malaysia terus menjadi johan dalam kadar jenayah? Apakah kita cuba menolak sistem "pendidikan" yang telah dianugerahkan Allah ini?

Berkenaan dengan orang bukan Islam akan bergembira kerana tiada Hudud untuk mereka. Sesiapa yang mengeluarkan kenyataan jahil ini pasti tidak pernah menkaji Undang-undang Jenayah Islam.

Memang hudud tidak akan dikenakan kepada Non-Muslim, tetapi ada satu lagi bahagian didalam Undang-undang Jenayah Islam yang dipanggil takzir.

Takzir ini adalah sebahagian daripada Islam. Ia akan dilaksanakan jika pesalah itu melakukan kesalahan yang tidak terlibat dengan hudud.

Tak faham? Silakan kaji tentang Undang-undang Jenayah Islam. Moga Allah permudahkan pemahaman kita.

Tak nak faham? Bersedialah dengan hujah kita apabila dipersoalkan di hadapan Allah Azzawajala di Mahsyar kelak.

Wallahualam.

Syabas Brunei!

Alhamdulillah, kita telah terima berita bahawa negara Brunei Darussalam kini dalam usaha dan telah melaksanakan Undang-undang Jenayah Syariah berdasarkan Quran dan Hadis.

Dalam masa yang sama, negara kita Malaysia telah dikejutkan dengan pelbagai siri jenayah bersenjata. Sama ada rompakan ataupun pembunuhan. Hal ini lebih parah apabila jenayah bersenjata ini didedahkan di alam maya.

Baik, jika jenayah ini berlaku di Brunei, maka hukumannya:
  1. Perompak yang hanya membunuh dan tidak mengambil harta rompakan maka harus dihukum bunuh.
  2. Perompak yang mengambil harta dan membunuh maka harus dihukum bunuh.
  3. Perompak yang mengambil harta dan tidak membunuh maka harus dipotong tangan dan kakinya secara bersilang (tangan kanan dan kaki kiri).
  4. Jika hanya menakut-nakut orang yang lalu lintas, tetapi tidak pula merompak atau membunuh, maka ditawan dan dibuang negeri.
Tetapi kebelakangan ini, kelihatan jenayah yang berlaku di Malaysia makin menggila (jika tidak melihat pada statistik). Sebelum ini kes tembak, sekarang dah semakin membiak.

Ada beberapa pihak di negara kita telah mengeluarkan pandangan agar Undang-undang Hudud (Syariah) ditegakkan. Tetapi ia mendapat tentangan dari pihak yang lain.

Pelbagai hujah dikeluarkan, dan yang paling tidak masuk akal ialah:
"Jika Hudud dijalankan di Malaysia, habis kudunglah orang Melayu Islam disini. Orang bukan Islam pula boleh bergembira!"

Aduh, ini satu ulasan yang sangat jahil, serta menafikan kesempurnaan ketetap Allah. InshaAllah saya akan menjawab hujah yang tidak masuk akal ini sebentar lagi.




Wallahualam.