October 25, 2013

Tak Faham? Kajilah.

Ada yang persoalkan,
"Jika Hudud dijalankan di Malaysia, habis kudunglah orang Melayu Islam disini. Orang bukan Islam pula boleh bergembira!"

Maka ini hujah balas dari insan yang bukan siapa-siapa seperti saya.

Kita pasti bersetuju bahawa tidak ada satu hukuman buatan manusia di muka bumi ini dilaksanakan untuk menggalakkan lagi jenayah.

Jadi, apakah jika Undang-undang Syariah dijalankan di Malaysia akan membuatkan Melayu Islam disini lebih gemar merompak dan mencuri?

Undang-undang Syariah ini bukan sahaja bertujuan untuk menghukum, ia juga lebih kepada mendidik. Adakah kita mahu melihat Melayu Islam di Malaysia terus menjadi johan dalam kadar jenayah? Apakah kita cuba menolak sistem "pendidikan" yang telah dianugerahkan Allah ini?

Berkenaan dengan orang bukan Islam akan bergembira kerana tiada Hudud untuk mereka. Sesiapa yang mengeluarkan kenyataan jahil ini pasti tidak pernah menkaji Undang-undang Jenayah Islam.

Memang hudud tidak akan dikenakan kepada Non-Muslim, tetapi ada satu lagi bahagian didalam Undang-undang Jenayah Islam yang dipanggil takzir.

Takzir ini adalah sebahagian daripada Islam. Ia akan dilaksanakan jika pesalah itu melakukan kesalahan yang tidak terlibat dengan hudud.

Tak faham? Silakan kaji tentang Undang-undang Jenayah Islam. Moga Allah permudahkan pemahaman kita.

Tak nak faham? Bersedialah dengan hujah kita apabila dipersoalkan di hadapan Allah Azzawajala di Mahsyar kelak.

Wallahualam.

1 comment: